Monday 13 February 2012

Beijing January 2012 - Part 4



Hari ketiga di Beijing..setakat ni masih boleh terima lagi makanan diorang walaupun menu dia lebih kurang sama setiap hari tapi rasa dan restoran yang berbeza..cuma breakfast sahaja sepanjang 5 hari kat hotel..menu dia pon hari2 sama...hahahaaa..makan jelh...tp aku makan roti dan jem shj...


Tempat pertama kami lawat ialah Tiananmen Square..jika pergi time winter orang yang datang melawat ke sini agak kurang...lau tak memang crowded lah...nak berjalan pun susah...lagi2 kalau time public holiday.. kebanyakan pelawat yang datang adalah dari kalangan rakyat china sendiri..






yang baju biru tu lh guide kami...Lily...

di dalam kawasan kota larangan

Ktorang tak banyak masa untuk menjelajah ke seluruh kawasan Forbidden City ni kerana ia tersangat lah besar dengan tour guide ktorng yang asyik nak cepat je...terkejar2..nak amik gambar byk sikit pon xbole...




kawasan taman diraja..


Dalam pukul 1015 pagi kitorng keluar dari kawasan Forbidden city dan di bawa ke Silk Factory...sampai saja di sana kitorng di beri penerangan cara membuat sutera..semua sutera yang di jual di sini adalah original...harganya pun mahal...kalau sapa2 yang belum tau, negara china merupakan salah sebuah negara pengeluar sutera terbesar di dunia...



Kononye aku nak keras kan hati tak nak beli apa2 kat sini..tapi bila naik ke tingkat 2 bahagian baju2 ade plak kain pasang yang aku berkenan...huhuuuu...en.suami pun cakap cantik...ape lagi terbeli lah aku sepasang...dah lah semeter RMB66..lau di kali kan ngan 4..pandai2 lah korang kira...tu pun guna credit card...haisshhh....selepas beli tu aku ingt kan dah bole keluar...skli kene tahan sbb tak cukup masa...


Kemudian, kitorng di bawa pula ke sebuah restoran muslim untuk makan tengah hari...




bole tahan sedap dish die..
Bile keluar dari restoran ternampak pulak ada penjual kacang..kacang ape ye org panggil...kacang ni mcm melekit sikit la dan manis. Selepas itu kami pergi menunaikan solat zohor di salah sebuah masjid di Beijing...




Kemudian, kami di bawa pula ke tempat urut kaki..yang juga merupakan salah satu tempat kerajaan. Kami diberi penerangan oleh seorang pegawai yang bertugas yang boleh berbahasa Melayu Indonesia dan  katanya dia berasal dari Indonesia. Tak tau lah betul ke tidak.


Penerangannya adalah mengenai urutan kaki yang boleh mengesan penyakit yang terdapat dalam badan kita.  Kaki perlu di rendam dulu dengan air suam sebelum melakukan urutan. Bila dah siap sesi urutan tu, tukang urut tu cakap laki aku ada sakit kalau tak silap kat bahagian jantung. Then, dorang suggest kan lah suruh beli ubat. Yang peliknya semalam kitorang pergi ke Burning Cream Centre cakap laki aku ada sakit ginjal...hari ni sakit jantung plak..
Dah sah sah menipu...pastu mintak kami tips sebab tak beli ubat dorang...dah lah urut nak tak nak je..tak rasa apa pun..kami kasik lah jugak sorang RMB5...lau tak kasik kami tak boleh keluar dari bilik tu.. ggrrrr...


Destinasi kami yang terakhir hari ni ialah pergi ke Bird Nest Stadium @ Stadium Sarang Burung. Excited nya aku sampai kat sini. Yelah.. kat Malaysia mana ada senibina staduim yang macam ni. Sangat unik.. Stadium ni dibina sempena Beijing dilantik sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2008 yang merupakan sukan terbesar di dunia..
Ktorang diberi masa selama satu jam sahaja di sini...Jommmmm..layan gambar jelah..malas dah nak taip ni...







Bagi sapa2 yang nak naik subway, boleh turun di Olympic Sport Center Station Line 8...tapi kene transit dulu dari Line 10 di Station Beitucheng..Tiket utk subway hanya 2yuan..tak kira lah jauh mana pun... aku ingat nak pergi malam esoknye..dengar dari pengalaman orang yang dah pergi katanya malam2 kat sini lampu dia cantik cantik...tapi disebabkan kitorang dah tak cukup duit, so tak jadi lah pergi...


Selepas itu kami di bawa ke Diamond Center. Ianya terletak bersebelahan dengan stadium..Manager dia orang Malaysia..kononnye lah...dan disebabkan kami dari Malaysia, dia jual murah murah je dengan kami...aku beli lah 3 gelang untuk aku dan adik2 aku..harga yang dia bagi pun dah cukup murah...hahahaaa...beli jelah...itu pun dia seboleh boleh suruh laki aku beli cincin yang lelaki punye.. nasib baik lah laki aku tak suka pakai cincin..memang tak dinafikan barang2 kemas dia memang cantik...
cuma duit je yang tak berapa nak cantik...hahahaaaa.........


Di bahagian luar Diamond Center ni pula ada satu bahagian orang menjual souvenir...Tour guide kami cakap souvenir yang dijual sangat murah..So, kami apa lagi...borong sakan lah...hahaha....Fridge magnet 3pcs 10yuan.. kami amik 15pcs dapat free 2pcs..Untuk key chain pon harga sama gak..Bear panda plak aku dapat 35yuan..harga asal 50yuan..mintak kurang lagi pon dah tak bole..beli jelah..sebab aku tau kalau kat tempat lain lagi mahal..T-shirt Angry bird untuk anak aku selai 20yuan..yang ralat nye aku beli fridge magnet panda 6pcs je...bile dah balik Malaysia nak kasik orang pun sayang..survey2 kat Yashow  Market gila mahal... lama jugak lah kitorang shopping kat sini..


Disebabkan kitorang dah lama kat kedai souvenir tadi, so dinner kitorang kat bilik je..Lily tour guide kami  akan order kan makanan kat hotel and nanti dia anta kat bilik je..aku cakap tak payah, hantar kan ktorang kat Yashow Market je..Si Lily ni ckp tpt shopping yg murah2 tu semua tutup pukul 7petang..dalam perjalanan nak balik ke hotel, TG kami ada tanya malam ni nak pegi Opera Show tak..if nak pergi dia boleh tolong bawak kan cuma tiket je kami kena bayar..aku pun cakap tak nak..TG kami pon cakap lah terima kasih banyak2 ktorang tak nak pergi sebab dia boleh pergi night club dengan kawan2 dia...Yelah, daripada tengok opera show tu lebih baik lah aku pegi shopping..betol tak??



Sampai je hotel, kami masuk bilik dulu...tanya laki aku nak pergi Yashow Market tak..tapi laki aku taknak.. sebenarnya malam semalam aku dah ajak dah laki aku dia tak nak jgk..kononye takut sesat..aduhaiii..penat2 aku study subway bole plak dia taknak pegi..pujuk punye pujuk, akhirnya nak jugak dia pergi.. Alhamdulillah, kami tak sesat pergi dan balik..cuma penat sikit lah kene berjalan nak pegi ke subway..jarak antara subway ke hotel dan yashow market dalam 10minit..itu pun tengok gak korang berjalan macam mana...


Argghhh...ok lah...cerita selanjutnya sambung kat Part 5...







Thursday 2 February 2012

Beijing January 2012 - Part 3

Sambung cerita dari Part 2...selepas menunaikan solat Zohor kitorang ke Great Wall iaitu Tembok Besar China yang merupakan salah satu tempat keajaiban di dunia...Alhamdulillah..dapat juga aku menjejakkan kaki aku di sini...antara salah satu tempat yg aku teringin sangat nak pegi...


Dalam pukul 1.00 petang kitorng sampai ke entrance Juyong Pass Great Wall...Juyong Pass merupakan laluan yang  paling sukar untuk ke Great Wall...




pendakian bermula

cube tgk tangga tuu...curam kannn....

Laluan di sini sangat lah mencabar...berkobar2 aku nak mendaki walaupun cuaca terlalu sejuk dan anak tangga amat lah curam dan merbahaya...kekuatan kaki dan stamina kene ada jika nak mendaki...kalau boleh sebelum pergi tu, buatlah preparation mcm pergi jogging, gym ke...Dengan tangan kebas dan tercungap2, alhamdulillah berjaya juga aku mendaki sampai ke Stage 2 dlm tempuh 50 minit sahaja...huhuuu.... itu pun belum sampai stage 2 laki aku dah ajak balik...sebab angin kuat dan tak tahan sejuk...

tercungap2 En.Suami...yesss...aku berjaya sampai stage 2 dulu...hihiii..





at stage 2...ingat nak naik smpi stage 3...tp tak sanggup 
lah aku...ok lah tu dari terus tak panjat langsungkan..


Ktorang beredar dari Great Wall dalam pukul 2.15 petang dan menuju ke destinasi terakhir kami iaitu ke Ski Resort....Lily TG kami cakap kalau nak main ski  ktorang kene bayar 300yuan seorang......padahal masa hari pertama kami sampai die ckp kne bayar dalam 100 lebih yuan sorang je...(dah sah2 si lily ni tipu kami)....kalau tak nak pergi dia nak bawak pergi ke Wang Fu Jing Shopping Centre..daripada pergi kt tempat shopping mahal tu baik lah aku pegi main ski..mahal pun mahal lah..bukan selalu kannn....nak main yg kat Malaysia punye entah tak tau bile nak pegi...

Jarak dari Great Wall ke Ski Resort ni adalah dalam setengah jam...tempat ni adalah salji buatan... kami ada masa 1 jam kat sini untuk main..sebab tempat ni tutup pukul 4 petang..sampai je kat counter ramai lah coach2 yang menawarkan khidmat dorang ni...masa amik kasut n stick ada coach yg tolong pakai kan kasut...kami ingatkan dorang ni sukarela je tolong pki kan...rupanya kene kasik tips RMB20 sorang sbb kami xnk guna khidmat dorang...adeehhh dah lah kne bayar RMB600..pastu mintak tips plak RMB40 utk 2 coach...

Mula2  main tu ada lh skli aku jatuh...bila dah jatuh tu xtau nak bangun macam mana...terkial2 gak time tu.. cari ada tak sapa2 yang jatuh sebab nak tgk mcm mana dorang bangun...nasib baik skli je aku jatuh...pastu dah terror dah main ski..heheheheee....memang enjoy lah main snow..fun tau...tu pon xpuas main sebab dapat main satu jam je...yang kesiannye laki aku lh...asyik jatuh je...baru je bangun dah kene langgar dari belakang...samapi tergolek..kikikiiiii....aku nak tunggu die kang aku plak tak dapat main...so, aku bt hal sendiri jelh..




first time main ski..pengalaman yang x
dapat dilupakan..memang enjoy sgt...


Dalam pukul 4.30petang kami bergerak pulang..sebelum balik ke hotel, kami pergi dinner dulu..dinner dorang bukan waktu malam tau...tapi petang dlm pukul 5 ke 6 petang..lagi satu lau time winter kat sini pukul 6 dah gelap...malam tu aku ingt kan nak pegi shopping kat Yashow market naik Subway..laki aku plak tak nak... kononye takut sesat..puas ajak xnak gak...takpe lah dok kt bilik jelh tengok tv..dah penat pon ye daki great wall ngn main ski... 




p/s: entah bile plak aku nak update next part...sangat2 M....hihihii...

Monday 30 January 2012

Beijing January 2012 - Part 2

Hellooo....selamat hari isnin semua... jom sambung travel aku ke Beijing..Pagi ke-2, hotel ada buat morning call pukul 6.30 pagi..ada sedikit tips jika pergi musim winter, sapu losyen satu badan lepas mandi (aku gune losyen vaseline, losyen nivea botol biru pon bole) untuk elak kulit kering and lip balm...standby je letak dlm kocek ke bag ke..sbb bibir sentiasa kering....lau bibir dh rase kering sapu je lip balm..baju pon aku pakai 4 lapis..tshirt 2helai, sweater dan barulh winter jacket...kami kene ada di lobby hotel pukul 8pagi untuk memulakan aktiviti  kami..tapi sebelum tu ktorng breakfast dulu di hotel...


street seller kat luar hotel...hati2 jika membeli dengan diorang..
Ok...selepas breakfast, dlm pukul 8.15 pagi lawatan pertama pada hari ke-2 ialah Jade Factory..salah satu Gov Shop and tempat wajib pergi jika menggunakan travel agent..





kalau x silap yg ni digunakan untuk bt alas tidur...
ada jgk jumpe bahasa melayu kat sini...




kat kedai jade ni ada amoi bagi penerangan mcm mana nak kenal jade tu berkualiti atau tak..ori atau fake.. kononye nak beli..tapi bila tengok harga, xjadi nk beli..huhuuu...


Dalam 1 jam selepas tu, kitorng ke Crystal Shop...lepas dengar briefing, pusing2 jap kat kedai tu.. kt sini aku takda amik gambo pon...dah boring and x berminat ngn crystal...lepas tu kitorg pergi lunch kt restorant mane entah...aku pun dah lupe...




Next destination after lunch, Great Wall..tempat yang paling aku tunggu2...dlm pukul 1.30petang kami sampai Juyong Pass Great Wall...nak tau cerita selanjutnya kene baca kat Part 3 ye...

Thursday 19 January 2012

Beijing January 2012 - Part 1

Assalamualaikum semua...


dah lama aku tak update blog aku yang tak seberapa ni...Ok laa.. kali ni aku nak cerita mengenai trip aku ke Beijing, China pada 4-8 Jan 2012 selama 5days 4 night..

Aku pergi berdua shj ngan en.suami.. disebabkan cuaca di beijing tgh sejuk sekarang mencecah -7 degree, anak2 kami tinggalkan di rumah pengasuh...bukan sengaja kami tak nak bawak tapi kesian takut diorang xtahan sejuk...kami yg besar ni pun xtahan apalagi budak kecik... 

Kami ke sana menggunakan khidmat Wenkt Vacation Sdn Bhd..Ok ni link die http://www.wenkt.com/blog/ ... Harga yang ditawarkan hanya RM700/pax (include visa & tipping) untuk pakej 5hari 4malam.. Actually harga boleh dapat dalam RM350-RM400 / pax jika pergi above 10pax...kitorang pergi berdua je mahal lah sikit... (balik dr Beijing kawan En.Suami ade call ckp nak ikut g Beijing...huhuuu...dh terlambat..kitorng dh selamat balik pon...takde rezeki nak pegi sama)



Flight kami dari KL-Tianjin pukul 0830am hari rabu..hari selasa malam kami dah bertolak dari Senai airport ke LCCT ...kami lepak di food court LCCT shj smpi pagi...kene transit sebab tiada penerbangan terus dari Senai airport to Tianjin..kalau naik MAS penerbangan terus ke Beijing..We arrived at Tianjin airport pukul 2.30pm...

Tianjin Airport


Sampai saja di airport kami terus pakai winter jacket n glove...time ni suhu dah below -1 degree Celsius..kami ade jumpa beberapa group dri malaysia yang nak pegi Beijing...yg bt rombongan cik kiah pon ade..then, pergi ke kaunter imigresen..kene isi form arrival card...Arrival card ni hanya utk foreigner sahaja.. sebenarnya masa dlm flight staff AA ade tanya nak tak Arrival Card tu..tp ktorang xtau card tu utk ape tu yg tak ambik tu...bile kat imigresen counter bru lah tau kegunaan card tu..heheheee.....




Bila dah sampai tu,  ada tour guide dari Beijing yang menunggu kami..Namanya Lily..die ni speaking BI.. pernah study kat Singapore..lau xsilap dlm 2years mcm tulh..pandai cakap melayu sikit2 je.. setakat cakap "bangun lah, dah sampai" , "pergi makan"..


Dari Airport Tianjin ke Station Bullet train kami naik kereta..bole plak time tu kete ade problem sikit.. kene tukar kete lain..yang best nye bile nak naik n turun dari kete si Lily ni siap bukak kan n tutup kan pintu lagi.. lau kat malaysia ade tak?? takda kannnn.....


pokok2 tinggal ranting je...daun semua dah gugur...






Sementara menunggu Lily beli tiket train, kami snap snap lah sedikit sebanyak gambor  utk bt kenangan... heheheheee....






nak ke beijing naik bullet train ikut pintu masuk South Entrance...
punye lah ramai org... nak masuk pon kene scan bag dulu...



294km/h...korang nampak tak die ade tulis kat tulisan color merah tu....
lau xnmpk, nmpk kan jelh ye..hihiii...

Sampai je Beijing, kami terus pergi ke Acrobatic Show...Show ni mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit..bagi aku ok lah persembahan ni...sangat menakjubkan and show dorang mmg best......


ni je pic yg elok ...yg lain semuanye gelap..

Abis je show ktorang terus pegi dinner...memang perut pon ngah lapar...first day bole terima lagi mknn diorang + lauk dorang pon sedap..cume dish yg belah kanan tu ade sikit masin...but still bole makan lagi...






dah kenyang, apa lagi check in hotel lah... Agent kami bagi hotel LongDingHua..kalau xsilap 4 stars.. time check in aritu staff hotel mintak deposit dulu 200yuan.. bilik not bad lah..cume tilam die ada sedikit keras...yg lain ok...clean and nice..






our room


lepas check in, kami jalan2 kat area hotel dulu....byk jgak shop kat area hotel...kat sebelah hotel pon ade org jual buah buahan...balik semula hotel and get ready untuk tidur and for journey to Great Wall... 


Sambung part 2 plak untuk hari ke-2....


p/s: next week lah aku update...