Monday 13 February 2012

Beijing January 2012 - Part 4



Hari ketiga di Beijing..setakat ni masih boleh terima lagi makanan diorang walaupun menu dia lebih kurang sama setiap hari tapi rasa dan restoran yang berbeza..cuma breakfast sahaja sepanjang 5 hari kat hotel..menu dia pon hari2 sama...hahahaaa..makan jelh...tp aku makan roti dan jem shj...


Tempat pertama kami lawat ialah Tiananmen Square..jika pergi time winter orang yang datang melawat ke sini agak kurang...lau tak memang crowded lah...nak berjalan pun susah...lagi2 kalau time public holiday.. kebanyakan pelawat yang datang adalah dari kalangan rakyat china sendiri..






yang baju biru tu lh guide kami...Lily...

di dalam kawasan kota larangan

Ktorang tak banyak masa untuk menjelajah ke seluruh kawasan Forbidden City ni kerana ia tersangat lah besar dengan tour guide ktorng yang asyik nak cepat je...terkejar2..nak amik gambar byk sikit pon xbole...




kawasan taman diraja..


Dalam pukul 1015 pagi kitorng keluar dari kawasan Forbidden city dan di bawa ke Silk Factory...sampai saja di sana kitorng di beri penerangan cara membuat sutera..semua sutera yang di jual di sini adalah original...harganya pun mahal...kalau sapa2 yang belum tau, negara china merupakan salah sebuah negara pengeluar sutera terbesar di dunia...



Kononye aku nak keras kan hati tak nak beli apa2 kat sini..tapi bila naik ke tingkat 2 bahagian baju2 ade plak kain pasang yang aku berkenan...huhuuuu...en.suami pun cakap cantik...ape lagi terbeli lah aku sepasang...dah lah semeter RMB66..lau di kali kan ngan 4..pandai2 lah korang kira...tu pun guna credit card...haisshhh....selepas beli tu aku ingt kan dah bole keluar...skli kene tahan sbb tak cukup masa...


Kemudian, kitorng di bawa pula ke sebuah restoran muslim untuk makan tengah hari...




bole tahan sedap dish die..
Bile keluar dari restoran ternampak pulak ada penjual kacang..kacang ape ye org panggil...kacang ni mcm melekit sikit la dan manis. Selepas itu kami pergi menunaikan solat zohor di salah sebuah masjid di Beijing...




Kemudian, kami di bawa pula ke tempat urut kaki..yang juga merupakan salah satu tempat kerajaan. Kami diberi penerangan oleh seorang pegawai yang bertugas yang boleh berbahasa Melayu Indonesia dan  katanya dia berasal dari Indonesia. Tak tau lah betul ke tidak.


Penerangannya adalah mengenai urutan kaki yang boleh mengesan penyakit yang terdapat dalam badan kita.  Kaki perlu di rendam dulu dengan air suam sebelum melakukan urutan. Bila dah siap sesi urutan tu, tukang urut tu cakap laki aku ada sakit kalau tak silap kat bahagian jantung. Then, dorang suggest kan lah suruh beli ubat. Yang peliknya semalam kitorang pergi ke Burning Cream Centre cakap laki aku ada sakit ginjal...hari ni sakit jantung plak..
Dah sah sah menipu...pastu mintak kami tips sebab tak beli ubat dorang...dah lah urut nak tak nak je..tak rasa apa pun..kami kasik lah jugak sorang RMB5...lau tak kasik kami tak boleh keluar dari bilik tu.. ggrrrr...


Destinasi kami yang terakhir hari ni ialah pergi ke Bird Nest Stadium @ Stadium Sarang Burung. Excited nya aku sampai kat sini. Yelah.. kat Malaysia mana ada senibina staduim yang macam ni. Sangat unik.. Stadium ni dibina sempena Beijing dilantik sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2008 yang merupakan sukan terbesar di dunia..
Ktorang diberi masa selama satu jam sahaja di sini...Jommmmm..layan gambar jelah..malas dah nak taip ni...







Bagi sapa2 yang nak naik subway, boleh turun di Olympic Sport Center Station Line 8...tapi kene transit dulu dari Line 10 di Station Beitucheng..Tiket utk subway hanya 2yuan..tak kira lah jauh mana pun... aku ingat nak pergi malam esoknye..dengar dari pengalaman orang yang dah pergi katanya malam2 kat sini lampu dia cantik cantik...tapi disebabkan kitorang dah tak cukup duit, so tak jadi lah pergi...


Selepas itu kami di bawa ke Diamond Center. Ianya terletak bersebelahan dengan stadium..Manager dia orang Malaysia..kononnye lah...dan disebabkan kami dari Malaysia, dia jual murah murah je dengan kami...aku beli lah 3 gelang untuk aku dan adik2 aku..harga yang dia bagi pun dah cukup murah...hahahaaa...beli jelah...itu pun dia seboleh boleh suruh laki aku beli cincin yang lelaki punye.. nasib baik lah laki aku tak suka pakai cincin..memang tak dinafikan barang2 kemas dia memang cantik...
cuma duit je yang tak berapa nak cantik...hahahaaaa.........


Di bahagian luar Diamond Center ni pula ada satu bahagian orang menjual souvenir...Tour guide kami cakap souvenir yang dijual sangat murah..So, kami apa lagi...borong sakan lah...hahaha....Fridge magnet 3pcs 10yuan.. kami amik 15pcs dapat free 2pcs..Untuk key chain pon harga sama gak..Bear panda plak aku dapat 35yuan..harga asal 50yuan..mintak kurang lagi pon dah tak bole..beli jelah..sebab aku tau kalau kat tempat lain lagi mahal..T-shirt Angry bird untuk anak aku selai 20yuan..yang ralat nye aku beli fridge magnet panda 6pcs je...bile dah balik Malaysia nak kasik orang pun sayang..survey2 kat Yashow  Market gila mahal... lama jugak lah kitorang shopping kat sini..


Disebabkan kitorang dah lama kat kedai souvenir tadi, so dinner kitorang kat bilik je..Lily tour guide kami  akan order kan makanan kat hotel and nanti dia anta kat bilik je..aku cakap tak payah, hantar kan ktorang kat Yashow Market je..Si Lily ni ckp tpt shopping yg murah2 tu semua tutup pukul 7petang..dalam perjalanan nak balik ke hotel, TG kami ada tanya malam ni nak pegi Opera Show tak..if nak pergi dia boleh tolong bawak kan cuma tiket je kami kena bayar..aku pun cakap tak nak..TG kami pon cakap lah terima kasih banyak2 ktorang tak nak pergi sebab dia boleh pergi night club dengan kawan2 dia...Yelah, daripada tengok opera show tu lebih baik lah aku pegi shopping..betol tak??



Sampai je hotel, kami masuk bilik dulu...tanya laki aku nak pergi Yashow Market tak..tapi laki aku taknak.. sebenarnya malam semalam aku dah ajak dah laki aku dia tak nak jgk..kononye takut sesat..aduhaiii..penat2 aku study subway bole plak dia taknak pegi..pujuk punye pujuk, akhirnya nak jugak dia pergi.. Alhamdulillah, kami tak sesat pergi dan balik..cuma penat sikit lah kene berjalan nak pegi ke subway..jarak antara subway ke hotel dan yashow market dalam 10minit..itu pun tengok gak korang berjalan macam mana...


Argghhh...ok lah...cerita selanjutnya sambung kat Part 5...







No comments:

Post a Comment